Wednesday, 11 December 2013

Esei Kumpulan



 
           



GGGE 2153
TEKNOLOGI PENDIDIKAN


STRATEGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIK DI KALANGAN PELAJAR SUKAN

DISEDIAKAN UNTUK : MEJAR MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN

DISEDIAKAN OLEH :
JURIAH BINTI MUSTAFA (A140912)
NORAZILA BINTI MOHD ISMAIL (A141262)
RAZI ROSLAN (A142021)
CHERYVEEN LEE BIN SOKSIN (A142055)
NUR FARAH AIN BINTI AMRAN (A142731)


ISI KANDUNGAN


KANDUNGAN                                                                                             HALAMAN

1.0 Pengenalan                                                                                                        3-5
2.0 Tujuan Kajian                                                                                                      6
3.0 Objektif Kajian                                                                                                   6
4.0 Persoalan Kajian                                                                                                 6
5.0 Kepentingan Kajian                                                                                             7
6.0 Metodologi Kajian
6.1 Reka Bentuk Kajian                                                                                            8
6.2 Pensempelan                                                                                                       9
6.3 Instrumen Kajian                                                                                                 9
6.4 Kaedah Pengumpulan Data                                                                                10
7.0 Dapatan Kajian
7.1 Dapatan Kajian 1                                                                                            11-12
7.2 Dapatan Kajian 2                                                                                            12-13
7.3 Dapatan Kajian 3                                                                                            14-15
8.0 Penutup                                                                                                             15
9.0 Lampiran
9.1 Borang Soal Selidik                                                                                         16-20
10.0 Rujukan                                                                                                         21-22



1.0  PENGENALAN

Pelajar merupakan seseorang individu yang unik dan berbeza di antara satu sama lain walaupun mereka berada dalam tahap pembelajaran yang sama. Perbezaan individu ini merangkumi dari aspek pemikiran, tindak balas, minat, kecenderungan, pencapaian dan pemahaman. Justeru, pelajar-pelajar ini mempunyai strategi yang tersendiri untuk menerima dan bertindakbalas serta menggunakan rangsangan dalam proses pembelajaran. Pendekatan yang diambil oleh setiap pelajar adalah dengan menurut tanggapan subjektif mereka terhadap kehendak pengajar atau konteks pembelajarannya. Pada pandangan para penyelidik, pengajar atau pendidik merupakan penggerak utama kepada pembelajaran para pelajar.
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas adalah suatu yang kompleks dan jarang sekali orang mempersoalkan bagaimana isi pelajaran dipindahkan dari pengetahuan guru kepada isi pengetahuan pengajaran. Di sekolah, para pelajar membentuk gaya pembelajaran tersendiri serta berinteraksi dengan maklumat dengan bantuan guru yang juga mempunyai gaya pengajaran tersendiri. Guru-guru selalu mengandaikan mereka hanya bertanggungjawab tentang subjek yang diajar tanpa menghiraukan proses kognitif pelajar tersebut (Subahan,T.,1996). Oleh itu, peranan guru tidak dapat dinafikan kepentingannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran akan lebih berkesan jika guru melaksanakan kaedah pengajaran yang bersesuaian melalui usaha memadankan kaedah pengajaran guru dengan gaya pembelajaran pelajar-pelajar (Dunn&Dunn, 1978).
Pembelajaran merupakan kegiatan yang bergantung kepada kemahiran kognitif. Ahli psikologi seperti Mace (1976) berpendapat kita boleh membezakan mekanisme otak yang digunakan dalam pembelajaran dengan faktor yang menggerakan mekanisme tersebut. Faktor yang menggerakan mekanisme tersebut dipanggil dorongan dan sikap, sementara mekanisme pembelajaran dipanggil kemahiran pembelajaran. Adalah menjadi harapan setiap pelajar yang berada di sekolah untuk mencapai kejayaan sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Kejayaan dalam bidang akademik adalah sesuatu yang tidak mustahil jika pelajar memperoleh cara atau strategi belajar yang berkesan. Pelbagai faktor penyumbang kepada kejayaan pelajar seperti kecerdasan intelek, daya usaha yang berlebihan, tumpuan yang lebih ketika proses pengajaran dan pembelajaran serta strategi belajar yang mantap (Khalid, 2005: 3).
Pembelajaran tidak hanya berkaitan dengan penambahan pengetahuan dan mengingat semula maklumat yang dipelajari tetapi merupakan aktiviti menguasai konsep dan memahami maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat mengaplikasinya ke dalam kehidupan (Hargreaves, 1996). Pembelajaran melibatkan usaha menguasai kemahiran dan pengetahuan di samping membentuk sikap. Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan menunjukkan individu mempunyai kemahiran yang berbeza memproses maklumat. Kaedah tersendiri individu mencari, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat dikenali sebagai gaya pembelajaran (Felder dan Henriques, 1995). Oleh itu untuk berjaya, individu pelajar perlu memiliki sifat belajar dan menguasai kaedah belajar untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran.
Shea (1994) menyatakan pembelajaran ialah proses mental atau fizikal yang membawa perubahan dalam tingkah laku. Beliau berpendapat kebijaksanaan bukan sesuatu elemen statik tetapi adalah suatu sistem yang dinamik dan terbuka yang sentiasa berkembang sepanjang hayat. Kebanyakkan proses pembelajaran yang signifikan adalah dari apa yang telah kita lakukan iaitu melalui tindakan dan pemerhatian.
Gremli (1996) pula menyatakan bahawa gaya pembelajaran melibatkan aspek-aspek personaliti, pemprosesan maklumat, interaksi sosial, kecenderungan terhadap garis panduan, tumpuan perhatian terhadap sesuatu yang baru, unik dan terdapatnya kelainan dalam diri individu. Gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan diri seseorang individu adalah salah satu penentuan kearah kecekapan dan kebolehan mengasimilasikan ilmu yang dipelajari dengan cemerlang dan berkesan. Objektif utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ialah keberkesanan dan kecekapan seseorang melalui proses pembelajaran dalam kelas.
Gaya pembelajaran yang sesuai penting untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar (Chambers, 1991). Chambers berpendapat bahawa pelajar harus menggunakan gaya pembelajaran sebagai kekuatan mereka dalam bidang akademik. Hal ini kerana cara yang bersesuaian dengan ciri-ciri pembelajaran akan menyebabkan pelajar di semua peringkat lebih bermotivasi dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian akademik. Sebagai tambahannya, Dunn & Dunn (1979) menyatakan bahawa apabila kaedah, sumber dan program dipadankan dengan sifat-sifat gaya pembelajaran pelajar, maka pencapaian akademik dan sikap pelajar akan meningkat. Sebaliknya, jika padanan di antara pengajaran dan pembelajaran tidak sesuai, maka pencapaian akademik dan sikap juga turut merosot.
Walaubagaimanapun, kemungkinan wujudnya pelajar yang berhadapan dengan konflik belajar apabila tidak memiliki gaya pembelajaran yang sesuai. Masalah berlaku apabila gaya pembelajaran pelajar tidak dapat disesuaikan dengan aktiviti dan gaya pengajaran guru. Akibatnya pelajar menjadi bosan dan tidak menumpukan perhatian dan seterusnya menyebabkan mereka gagal mendapat markah tinggi dalam peperiksaan, kurang berminat pada subjek tertentu dan seterusnya berputus asa. (Baharin Abu, 2000; Felder & Silverman, 1988; Godleski, 1984; Oxford et al., 1991; Smith & Renzulli, 1984).
Prestasi akademik yang cemerlang merupakan penentuan pemahaman seseorang terhadap proses pembelajaran. Secara tidak langsung, pencapaian ini akan menentukan masa depan yang lebih gemilang. Oleh itu, untuk merealisasikan hasrat tersebut, suasana pembelajaran yang kondusif adalah amat penting. Masyarakat  sekarang begitu menitikberatkan pencapaian akademik kerana keputusan akademik yang cemerlang menjadi kayu pengukur kepada kerjaya masa depan seseorang pelajar (Amina Noor, 1999). Menurut Griggs (1991), penggunaan gaya pembelajaran yang betul adalah amat penting untuk meningkatkan keputusan akademik. Pencapaian ini yang akan membuktikan sejauhmana gaya pembelajaran seseorang pelajar berkesan atau tidak. Peningkatan dan penurunan pencapaian akademik pelajar sebenarnya sangat berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Dunn dan Dunn (1978) menyatakan bahawa kajian yang dijalankan oleh beliau sejak seabad yang lalu mendapati bahawa strategi belajar bagi seseorang sangat berbeza di antara satu sama lain. Dunn dan Dunn (1978) mendapati gaya pembelajaran gaya pembelajaran boleh dikategorikan kepada 5 kategori iaitu (1) Persekitaran, (2) Emosional, (3) Sosiologikal, (4) Fizikal dan (5) Psikologikal. Beliau mendapati bahawa kaedah, sumber dan program yang disesuaikan dengan strategi pembelajaran seseorang pelajar dapat mempertingkatkan pencapaian akademik seseorang pelajar dan membawa individu mencapai ke tahap yang lebih cemerlang. Strategi pembelajaran yang bersesuaian dengan jurusan atau kehendak kursus yang diambil juga akan memberi kesan positif kepada pencapaian akademik.



1.0  TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi yang digunakan oleh pelajar sukan untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik supaya selaras dengan pencapaian dalam sukan. Bagi tujuan ini beberapa objektif telah dikenal pasti.

2.0  OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk :

i.                    Mengenalpasti kaedah pembelajaran pelajar dalam kelas untuk meningkatkan pencapaian dalam akademik.
ii.                  Mengkaji sikap dan kaedah pembelajaran pelajar dengan rakan dalam meningkatkan pencapaian dalam akdemik.
iii.                Mengetahui gaya pembelajaran yang digunakan oleh pelajar untuk meningkatkan pencapaian dalam akademik.


3.0  PERSOALAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini cuba menjawab terhadap soalan-soalan berikut :

i.                    Apakah kaedah pembelajaran yang digunakan oleh pelajar semasa dalam kelas untuk meningkatkan pencapaian dalam akademik?
ii.                  Bagaimanakah sikap dan kaedah pembelajaran pelajar dengan rakan sebaya dalam meningkatkan pencapaian dalam akdemik?
iii.                Apakah gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar untuk menigkatkan pencapaian dalam akdemik?

4.0  KEPENTINGAN KAJIAN

Menerusi kajian yang dijalankan ini, diharapkan golongan pendidik dapat membantu para pelajar menerusi gaya pembelajaran pelajar dalam mencapai pencapaian yang tinggi dalam akademik seiring dengan pencapaian dalam sukan. Amalan gaya pembelajaran yang sesuai akan dapat membantu para pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan dan menjurus mereka ke arah peningkatan dalam pencapaian akademik. Selain itu, dengan adanya daya kreatif gaya pengajaran guru-guru yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran para pelajar, sudah pasti mendatangkan keseronokkan dan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Kajian ini juga diharapkan dapat mengenalpasti dan menyelesaikan sebahagian daripada masalah pembelajaran yang dihadapi oleh para pelajar di dalam memberi tumpuan semasa berada di dalam kelas. Hal ini amat perlu sebagai langkah persediaan untuk membentuk diri setiap pelajar dalam menghadapi cabaran dalam arus pendidikan pada masa akan datang.
Selanjutnya, penyelidik mengharapkan agar hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan kepada sekolah dan pelajar dalam menjayakan dan meningkatkan mutu pelajaran serta prestasi pelajar-pelajar. Secara langsung ianya dapat membetulkan dan membawa pelajar ke arah gaya pembelajaran yang berkesan supaya dapat meningkatkan kecemerlangan dalam pencapaian akademik.
Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan untuk pengkaji mengenalpasti strategi pembelajaran pelajar dan seterusnya dapat mengemukakan cadangan dan pendapat supaya para pelajar dapat mengubah sikap ke arah yang lebih positif dalam pembelajaran supaya seiring dengan pencapaian dalam sukan. Disamping itu juga, guru-guru dapat menyediakan kaedah dan bahan pengajaran yang menarik dan bersesuaian dengan kecenderungan minat dan tahap penguasaan para pelajar.




5.0  METODOLOGI KAJIAN

5.1  Reka bentuk kajian
5.1.1        Kaedah Kuantitatif

Reka bentuk kajian ialah dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Pendekatan kuantitatif ialah penyelidikan yang menekankan kepada fenomena-fenomena objektif dan dikawal melalui pengumpulan dan anlisis data (Nana, 2005 ; Chua, 2006 ; Fraenkel, 2007). Kajian kuantitatif merupakan suatu penyelidikan yang melibatkan pengukuran pemboleh ubah kajian dengan mengunakan alatan saintifik dan eksperimen. Penggunaan ujian statistik terhadap suatu kajian adalah sebagai usaha untuk menerangkan, menjelaskan atau mencari perhubungan antara pembolehubah –pembolehubah dalam suatu penyelidikan.
 Kajian kuantitatif merupakan satu kajian secara umumnya menggunakan analisis statistik, ia lebih bersifat objektif dan berorientasikan kepada hasil. Merujuk kepada istilah "kuantiti" membawa erti berapa banyak atau bilangannya. Kuantiti merujuk kepada bilangan yang diskrit, yang dinyatakan dengan tepat. Berdasarkan kepada istilah kuantiti, penyelidikan kuantitatif dikaitkan dengan data numerika dan ketepatan. Ia adalah berdasarkan kaedah penyelidikan inkuiri positif dimana penyelidikan dilakukan melalui kajian eksperimental dan data numerika yang dipungut dianalisis dengan ujian statistik. Melalui penyelidikan kuantitatif, masalah kajian dinyatakan dalam bentuk hipotesis.
Kaedah ini mempunyai beberapa kebaikan. Antaranya ialah segala data yang dikaji senang diurus kerana ia dapat dikategorikan dalam bentuk nombor. Kesimpulan yang dibuat juga adalah lebih tepat dan mempunyai darjah penerimaan yang lebih tinggi kerana ia dapat dibuktikan menggunakan kaedah pengiraan. Dalam kajian ini, analisis kuantitatif diperolehi daripada hasil pengumpulan borang soal selidik. Data yang diperolehi akan dikumpul, direkod, dianalisis, dan disimpulkan. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah faktor analisis dan kaedah statistik asas.


5.2  Pensempelan

Responden merupakan pelajar sekolah sukan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, Perlis. Responden terdiri daripada 30 orang pelajar iaitu 16 orang responden perempuan dan 14 orang responden lelaki yang melipuiti semua tingkatan iaitu daripada tingkatan satu sehingga tingkatan enam atas. Kesemua responden terdiri daripada kaum berbangsa Melayu. Cara pemilihan sampel kajian adalah secara rawak iaitu terdiri daripada beberapa atlet dalam bidang sukan yang diceburi masing-masing. Antara bidang sukan tersebut ialah bola jaring, bola sepak, petanque, dan Frisbee.

5.3  Instrumen kajian

Instrumen kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah borang soal selidik. Dalam borang soal selidik tersebut terdapat empat bahagian iaitu bahagian A, bahagain B, bahagian C, dan bahagian D. Bahagian A adalah mengenai latar belakang responden, bahagian B mengenai kaedah pembelajaran pelajar dalam kelas untuk   meningkatkan pencapaian dalam akademik, manakala bahagian C ialah untuk mengetahui sikap diri pelajar dan kaedah pembelajaran pelajar dengan rakan dalam meningkatkan pencapaian dalam akademik. Bahagian D pula adalah untuk mengetahui strategi yang digunakan oleh pelajar untuk meningkatkan pencapaian dalam akademik






5.4  Kaedah pengumpulan data

Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini ialah dengan menggunakan kaedah soal selidik. Pengkaji  akan mengedarkan borang soal selidik kepada sampel kajian. Soal selidik ditakrifkan sebagai satu set soalan/item bercetak yang digunakan untuk mengutip/memperoleh data kajian secara laporan kendiri daripada sampel kajian.
Kaedah soal selidik yang dijalankan ialah dengan menggunakan bentuk soalan tertutup. Bentuk soalan tertutup ialah pilihan jawapan diberikan untuk dipilih oleh responden berdasarkan pandangan sendiri. Soalan-soalan tertutup mempunyai jawapan-jawapan tertentu yang disediakan. Sampel kajian memilih jawapan yang paling sesuai tentang fenomena yang berkaitan.
Dalam soal selidik yang dijalankan, jenis soalan tertutup yang digunakan ialah Soalan Skala Likert. Skala Likert merangkumi pernyataan yang mempunyai tahap persetujuan. Dalam bentuk asal, skala ini mempunyai lima poin iaitu : 1. Sangat Tidak Setuju,  2. Tidak Setuju, 3. Tidak Pasti, 4. Setuju, dan 5. Sangat Setuju.

Langkah-langkah membina soal-selidik :
i)                    Membangunkan item sesuai dengan objektif kajian.
ii)                  Menyediakan tatacara analisis yang sesuai.
iii)                Memperbaiki item soalan supaya bersesuaian dengan tajuk.
iv)                Mengedit item selepas membuat perbincangan dengan ahli kumpulan.
v)                  Mengedarkan borang soal selidik kepada responden. 






6.0  DAPATAN KAJIAN

7.1. Dapatan kajian 1

Jadual 1 menunjukkan peratusan data bagi kaedah pembelajaran pelajar dalam kelas untuk meningkatkan pencapaian dalam akademik.

Kaedah
Sangat tidak setuju (%)
Tidak setuju
(%)
Tidak pasti
(%)
Setuju
(%)
Sangat setuju
(%)
Membuat persediaan sebelum masuk ke dalam kelas dengan membaca terlebih dahulu tajuk yang akan diajarkan oleh guru
6.7
6.7
13.3
40.0
33.3
Memberi tumpuan sepenuhnya ketika dalam kelas
0
3.3
30.0
36.7
30.0
Berusaha mendengar penerangan guru dengan teliti
0
0
20.0
43.3
36.7
Membuat catatan semasa mendengar penerangan daripada guru
3.3
6.7
43.3
33.3
13.3
Menghindarkan diri daripada berbual dengan rakan semasa guru mengajar
3.3
20.0
23.3
26.7
26.7
Sering bertanyakan kepada guru sekiranya terdapat sesuatu perkara yang sukar difahami
6.7
13.3
13.3
30.0
36.7
Menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru  walaupun sibuk dengan aktiviti sukan
3.3
10.0
16.7
36.7
33.3
Dapat menghantar tugasan yang diberikan oleh guru tepat pada masanya
0
3.3
33.3
30.0
33.3
Tidak akan ponteng kelas sekiranya tiada sebab yang munasabah
0
3.3
16.7
16.7
63.3
Mengikuti kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah
0
13.3
6.7
20.0
60.0

Jadual 1


Bagi meningkatkan pencapaian dalam akademik, seramai 12 orang responden bersetuju bahawa kaedah pembelajaran pelajar dalam kelas adalah dengan membuat persediaan sebelum masuk ke dalam kelas dengan membaca terlebih dahulu tajuk yang akan diajarkan oleh guru. Seramai 11 orang responden bersetuju bahawa mereka memberikan tumpuan sepenuhnya ketika dalam kelas dan 13 orang responden bersetuju bahawa mereka berusaha mendengar penerangan guru dengan teliti bagi meningkatkan pencapaian dalam akdemik. 10 orang responden bersetuju mereka ada membuat catatan semasa mendengar penerangan daripada guru.
Seramai 8 orang responden sangat bersetuju bahawa mereka menghindarkan diri daripada berbual dengan rakan semasa guru mengajar dan  11 orang responden sering bertanyakan kepada guru sekiranya terdapat sesuatu perkara yang sukar difahami. Walaupun pelajar sibuk dengan aktiviti sukan, namun 11 orang responden menyatakan bahawa mereka dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dan 10 reponden sangat bersetuju bahawa mereka dapat menghantar tugasan yang diberikan oleh guru tepat pada masanya. Seramai 19 orang responden tidak akan ponteng kelas sekiranya tiada sebab yang munasabah dan 18 orang responden mengikuti kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah bagi meningkatkan pencapaian akademik mereka.

7.2. Dapatan kajian 2

Jadual 2 menunjukkan peratusan data bagi sikap diri pelajar dan kaedah pembelajaran pelajar dengan rakan dalam meningkatkan pencapaian dalam akademik.

Kaedah
Sangat tidak setuju (%)
Tidak setuju
(%)
Tidak pasti
(%)
Setuju
(%)
Sangat setuju
(%)
Boleh merangsang diri untuk belajar
3.3
3.3
30.0
30.0
33.3
Membuat persediaan lebih awal sebelum tarikh ujian atau peperikasaan
0
3.3
23.3
33.3
40.0
Menjaga hubungan yang baik  dengan guru
0
0
23.3
13.3
63.3
Menjaga hubungan yang baik dengan ibu bapa
3.3
0
13.3
16.7
66.7
Dapat membahagikan masa antara akademik dan sukan
3.3
3.3
20.0
26.7
46.7
Kemahuan untuk belajar ke peringkat lebih tinggi mendorong untuk belajar dan mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang
0
0
20.0
13.3
66.7
Dapat belajar dengan lebih baik sekiranya belajar secara kumpulan
3.3
0
30.0
20.0
46.7
Sering berbincang dengan rakan-rakan untuk mengetahui sesuatu topik dengan lebih mendalam
0
3.3
13.3
40.0
43.3
Menyampaikan ilmu pengetahuan yang diterima dalam kelas kepada rakan yang lain
3.3
3.3
13.3
40.0
40.0
Membina saingan yang sihat sesama rakan untuk mencapai keputusan yang cemerlang
0
0
20.0
40.0
40.0

Jadual 2


Bagi sikap diri pelajar dalam meningkatkan pencapaian dalam akademik, 10 orang responden sangat bersetuju bahawa mereka dapat merangsang diri untuk belajar. 12 orang responden sangat bersetuju bahawa mereka membuat persediaan lebih awal sebelum tarikh ujian atau peperikasaan. Bagi mendapat keberkatan semasa belajar, seramai 19 orang responden sangat bersetuju bahawa mreka menjaga hubungan yang baik dengan guru, manakala bagi hubungan dengan ibu bapa, seramai 20 orang responden sangat bersetuju bahawa mereka menjaga perhubungan yang baik dengan ibu bapa. Daripada 30 orang responden, 14 orang responden sangat bersetuju bahawa mereka dapat membahagikan masa antara akademik dan sukan. Seramai 20 orang responden sangat bersetuju bahawa kemahuan  untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi mendorong mereka untuk belajar dan mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Seterusnya adalah kaedah pembelajaran pelajar dengan rakan dalam meningkatkan pencapaian dalam akademik. 14 orang responden sangat bersetuju mereka dapat belajar dengan lebih baik sekiranya belajar secara kumpulan. 13 orang responden sangat bersetuju mereka sering berbincang dengan rakan-rakan untuk mengetahui sesuatu topik dengan lebih mendalam. 12 orang responden  juga sangat bersetuju mereka dapat menyampaikan ilmu pengetahuan yang diterima dalam kelas kepada rakan yang lain dan pelajar bersetuju mereka membina saingan yang sihat sesama rakan untuk mencapai keputusan yang cemerlang




7.3 Dapatan kajian 3

Jadual 3 menunjukkan peratusan data bagi strategi yang digunakan oleh pelajar untuk meningkatkan pencapaian dalam akademik.

Kaedah
Sangat tidak setuju (%)
Tidak setuju
(%)
Tidak pasti
(%)
Setuju
(%)
Sangat setuju
(%)
Dapat mengingat dengan baik jika belajar pada awal pagi
0
0
43.3
33.3
23.3
Dapat mengingat dengan baik jika belajar pada waktu petang
0
10.0
40.0
40.0
10.0
Dapat mengingat dengan baik jika belajar pada waktu malam
0
0
40.0
23.3
36.7
Kaedah penghafalan membantu dalam proses pembelajaran
3.3
3.3
20.0
23.3
50.0
Menulis nota ringkas semasa membaca/menghafal
0
0
20.0
43.3
36.7
Mengaitkan maklumat yang dibaca dengan pengetahuan sedia ada
0
0
20.0
43.3
36.7
Merumuskan isi topik dengan perkataan anda sendiri selepas membaca
3.3
0
16.7
43.3
36.7
Dapat membahagikan masa belajar yang cukup untuk setiap mata pelajaran
0
3.3
36.7
23.3
36.7
Mengulangkaji topik yang susah terlebih dahulu
0
3.3
26.7
40.0
30.0
Perlu meletakan target dalam setiap subjek peperiksaan untuk mendapatkan pencapaian yang baik
0
3.3
16.7
26.7
53.3

Jadual 3

Bagi strategi yang digunakan oleh pelajar untuk meningkatkan pencapaian dalam akademik, pelajar lebih bersetuju bahawa mereka dapat mengingat dengan lebih baik jika belajar pada waktu malam. 15 orang responden sangat bersetuju bahawa kaedah penghafalan dapat membantu mereka dalam proses pembelajaran dan 13 orang responden bersetuju bahawa mereka menulis nota ringkas semasa membaca dan menghafal. Pelajar bersetuju mereka mengaitkan maklumat yang dibaca dengan pengetahuan sedia ada dan merumuskan isi topik dengan perkataan mereka sendiri selepas membaca. 11 orang responden sangat bersetuju mereka dapat membahagikan masa belajar yang cukup untuk setiap mata pelajaran dan 12 orang responden bersetuju mereka mengulangkaji topik yang susah terlebih dahulu. Seramai 16 orang responden sangat bersetuju bahawa mereka perlu meletakan target dalam setiap subjek peperiksaan untuk mendapatkan pencapaian yang baik.

7.0  PENUTUP

Kajian ini telah memenuhi objektif kajian dan menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar sukan mempunyai kaedah dan gaya pembelajaran yang tersendiri. Pelajar sukan mempunyai sikap yang positif semasa sesi pembelajaran supaya mereka dapat meningkatkan pencapaian dalam akademik dan pelajar menggunakan kaedah pembelajaran dengan rakan supaya pelajar lebih memahami semasa belajar. Pelajar juga mempunyai strategi pembelajaran masing-masing dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik mereka. Keputusan kajian mungkin dapat membantu pihak sekolah dan guru-guru khususnya untuk meningkatkan lagi pencapaian akademik di kalangan pelajar-pelajar sukan supaya seiring dengan pencapaian dalam sukan.
Pencapaian dalam akademik juga adalah diharapkan dapat ditingkatkan lagi dalam kalangan pelajar sukan. Berdasarkan kajian ini, dapat dilaporkan di sini bahawa kajian ini banyak memberi manfaat kepada  pelajar dan guru. Bagi pelajar, mereka dapat memanfaatkan hasil kajian ini dengan menguasai sebanyak mungkin strategi yang masih belum mereka gunakan dalam proses pembelajaran mereka. Bagi guru pula, mereka dapat merancang pengajaran mereka dengan baik berdasarkan kemampuan pelajar. Hal ini kerana setiap pelajar mempunyai strategi pembelajaran yang berbeza ketika belajar.
Kesimpulannya, dengan mengenal pasti kaedah pembelajaran pelajar, guru dapat merancang sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik. Akhir sekali, sebagai atlet, pelajar haruslahlah menguasai kedua-dua bidang iaitu akademik dan sukan. Walaupun pelajar cemerlang dalam sukan, namun ini tidak bermakna pembelajaran pelajar harus diabaikan. 


8.0  LAMPIRAN
8.1  Borang Soal Selidik

Saudara/Saudari Yang Dihormati,
Tahniah kerana saudara/saudari telah terpilih sebagai peserta dalam kajian saya bertajuk Strategi Meningkatkan Pencapaian Akademik di Kalangan Pelajar Sekolah Sukan. Kajian ini dilaksanakan bertujuan  untuk mendapatkan maklumat berkaitan strategi atau kaedah pembelajaran yang digunakan oleh saudara/i dalam meningkatkan pencapaian akademik saudara/i sebagai pelajar sukan. Maklumat yang saudara/i berikan amat berguna untuk kami membuat kesimpulan mengenai strategi yang digunakan oleh pelajar sukan dalam meningkatkan pencapaian akademik supaya dapat menentukan bahawa akademik bagi pelajar sukan juga amat penting seimbang dengan pencapaian dalam sukan. Tujuan kajian ini juga selaras dengan arah tuju kursus GGGB 2153 Teknologi Pendidikan.
Saya mengucapkan terima kasih di atas kerjasama saudara/saudari dalam menjawab soalan-soalan di dalam soal selidik ini. Saya berharap saudara/saudari akan menjawab semua soalan dengan jujur. Tidak ada jawapan yang betul atau salah. Saudara/i tidak perlu mendapat pandangan daripada sesiapa mengenai jawapan yang sebenar. Semua maklumat diri dan jawapan saudara/i akan  dirahsiakan. Maklumat-maklumat dan jawapan yang diberikan hanya digunakan untuk tujuan kajian ini sahaja.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,
PELAJAR SUKAN DAN REKREASI, TAHUN 2
Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi, Selangor.



BAHAGIAN  A – (Latar Belakang Responden) 

1.      Jantina
o   Lelaki
o   Perempuan
2.      Umur
3.      Kaum
o   Melayu
o   Cina
o   India
o   Lain-lain
4.      Bidang sukan yang diceburi ____________________
















 BAHAGIAN B - ( Kaedah Pembelajaran Pelajar Dalam Kelas Untuk Meningkatkan Pencapaian Dalam Akademik)


ARAHAN :Sila jawab bahagian B dengan menandakan (√ ) berpandukan skala di bawah.

1.Sangat Tidak Setuju
2.Tidak setuju
3.Tidak Pasti
4.Setuju
5.Sangat Setuju

No.
Item
Tahap persetujuan

1
2
3
4
5
1.
Adakah anda bersetuju bahawa anda membuat persediaan sebelum masuk ke dalam kelas dengan membaca terlebih dahulu tajuk yang akan diajarkan oleh guru?





2.
Adakah anda bersetuju bahawa anda memberi tumpuan sepenuhnya ketika dalam kelas?





3.
Adakah anda bersetuju bahawa anda berusaha mendengar penerangan guru dengan teliti?





4.
Adakah anda bersetuju bahawa anda membuat catatan semasa mendengar penerangan daripada guru?





5.
Adakah anda bersetuju bahawa anda akan menghindarkan diri daripada berbual dengan rakan semasa guru mengajar?





6.
Adakah anda bersetuju bahawa anda sering bertanyakan kepada guru sekiranya terdapat sesuatu perkara yang sukar difahami?





7.
Adakah anda bersetuju bahawa anda menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru  walaupun sibuk dengan aktiviti sukan?





8.
Adakah anda bersetuju bahawa anda dapat menghantar tugasan yang diberikan oleh guru tepat pada masanya?





9.
Adakah anda bersetuju bahawa anda tidak akan ponteng kelas sekiranya tiada sebab yang munasabah?





10.
Adakah anda bersetuju bahawa anda akan mengikuti kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah?







BAHAGIAN C - (Sikap Diri Pelajar dan Kaedah Pembelajaran Pelajar Dengan Rakan Dalam Meningkatkan Pencapaian Dalam Akademik)

ARAHAN :Sila jawab bahagian C dengan menandakan (√ ) berpandukan skala di bawah.

1.Sangat Tidak Setuju
2.Tidak setuju
3.Tidak Pasti
4.Setuju
5.Sangat Setuju
No.
Item
Tahap persetujuan

1
2
3
4
5
1.
Adakah anda bersetuju bahawa anda boleh merangsang diri untuk belajar?





2.
Adakah anda bersetuju bahawa anda akan membuat persediaan lebih awal sebelum tarikh ujian atau peperikasaan?





3.
Adakah anda bersetuju bahawa anda telah menjaga hubungan yang baik  dengan guru?





4.
Adakah anda bersetuju bahawa anda telah menjaga hubungan yang baik dengan ibu bapa?





5.
Adakah anda bersetuju bahawa anda dapat membahagikan masa antara akademik dan sukan?





6.
Adakah anda bersetuju bahawa kemahuan anda untuk belajar ke peringkat lebih tinggi mendorong anda untuk belajar dan mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang?





7.
Adakah anda bersetuju bahawa anda dapat belajar dengan lebih baik sekiranya belajar secara kumpulan?





8.
Adakah anda bersetuju bahawa anda sering berbincang dengan rakan-rakan untuk mengetahui sesuatu topik dengan lebih mendalam?





9.
Adakah anda bersetuju bahawa anda boleh menyampaikan ilmu pengetahuan yang diterima dalam kelas kepada rakan anda yang lain?





10.
Adakah anda bersetuju bahawa anda membina saingan yang sihat sesama rakan anda untuk mencapai keputusan yang cemerlang?








BAHAGIAN D - (STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH PELAJAR UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN DALAM AKADEMIK)


ARAHAN :Sila jawab bahagian D dengan menandakan (√ ) berpandukan skala di bawah.

1.Sangat Tidak Setuju
2.Tidak setuju
3.Tidak Pasti
4.Setuju
5.Sangat Setuju

No.
Item
Tahap persetujuan

1
2
3
4
5
1
Adakah anda bersetuju bahawa anda dapat mengingat dengan baik jika belajar pada awal pagi?





2
Adakah anda bersetuju bahawa anda dapat mengingat dengan baik jika belajar pada waktu petang?





3
Adakah anda bersetuju bahawa anda dapat mengingat dengan baik jika belajar pada waktu malam?





4
Adakah anda bersetuju bahawa kaedah penghafalan membantu anda dalam proses pembelajaran?





5
Adakah anda bersetuju bahawa anda akan menulis nota ringkas semasa membaca/menghafal?





6
Adakah anda bersetuju bahawa anda perlu mengaitkan maklumat yang dibaca dengan pengetahuan sedia ada?





7
Adakah anada bersetuju bahawa selepas membaca, anda akan merumuskan isi topik dengan perkataan anda sendiri?





8
Adakah anda bersetuju bahawa anda dapat membahagikan masa belajar yang cukup untuk setiap mata pelajaran?





9
Adakah anda bersetuju bahawa anda perlu mengulangkaji topik yang susah terlebih dahulu?





10
Adakah anda bersetuju bahawa anda perlu meletakan target dalam setiap subjek peperiksaan untuk mendapatkan pencapaian yang baik?







9.0  RUJUKAN

Abdul Halim Bin Abdul Wahab. 2000. Amalan Pengurusan Sukan Dalam Meningkatkan Kecemerlangan, Pahang: Penerbit IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

Abdul Rashid Mohamed & Mohamad Daud Hamzah. 2012. Faktor-Faktor Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Penilaian Menengah Rendah, Wilayah Persekutuan Labuan: Labuan International Conference on Educational Research.

Ahmad Zabidi Abdul Razak. 2006. Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap
Motivasi Pembelajaran, Selangor: Jurnal Pendidikan.

Azlina Bt. Mohd. Kosnin & Bilhorn B. Defrin. 2007. Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik, Johor: Penerbit UTM, Skudai, Johor.
Dr Baharin Abu, Pm Dr Othman Md Johan. Pm Syed Mohd Shafeq Syed Mansor & Haliza Jaafar. 2007. Kepelbagaian Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Belajar Pelajar, Johor: Penerbit UTM, Skudai, Johor.
Julismah Jani, Ong Kuan Boon, Mohd Sani Madon, Hishamuddin Ahmad, Nur Haziyanti Mohamad Khalid & Yusof Ahmad. 2009. Pendekatan Pengajaran, Gaya Belajar dan Jenis Penilaian dalam Mata Pelajaran Sains Sukan di Sekolah Menengah, Malaysia: Jurnal Pendidikan Malaysia.

Mohd Khairi Abdul Rahman, Suzana Mad Hezir, Nurul Ainie Roosle & Sharifah Huda Syed Ismail. 2003. Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik, Melaka: Penerbit Kolej Matrikulasi Melaka.

Mohd Najib Abdul Aziz & Nor Shafrin Ahmad. 2008. Kemahiran Belajar Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik, Pulau Pinang:  Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Nur Sofurah Mohd Faiz, Maziana Mohamed dan Rosfaszlizah Zahit. 2008. Gaya Pembelajaran Pelajar Cemerlang, Johor: Penerbit Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Johor.

Zubaidah Begam Binti Mohamed Zakaria. 2000. Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik, Johor: Penerbit UTM, Skudai, Johor.